02 Disember 2010

R&D semai


Kami telah melakukan ujian semai. Tujuan kami adalah bagi mendapatkan bilangan pokok padi paling sikit.
kami telah menyemai 100g/130g/150g/180g/200g/220g per tray dan kami telah test mencedung.
kesimpulannya adalah berat benih per tray adalah minimum 150gram.

26 November 2010

Cedung sepokok

Inilah hasil percubaan kami cedung sepokok dengan jarak 1 kaki x 1 kaki.
Untuk musim ini (M2/2010), kami berusaha untuk mengembangkan lagi usaha ini.

14 November 2010

Lawatan Ke Sg. Kerian

Thanks kepada Pengarah Ketara, terutama kepada En. Zulkifli Ketua Bahagian Pertanian dan kepada Pegawai-pegawai yang turut serta dalam lawatan ke Sg Kerian Perak.

Lawatan kami bermula dari 14/11/2010 dan berakhir 16/11/2010.

30 Oktober 2010

Musim Tengkujuh

Hujan sudah turun. musim tengkujuh sudah menampakkan dirinya.
Petani yang belum lagi menuai sudah mulai resah dengan padi di bendang. hati tertanya-tanya 'apakan sempat menuai atau tidak padi aku tahun ini'.

22 Oktober 2010

Sekam untuk Semai Benih

Kerja-kerja mencedung akan bermula apabila hasil tuaian musim ini selesai.
Langkah awal adalah untuk buat sekam.

04 Oktober 2010

03 Oktober 2010

Musim Menuai Hampir Tiba (M1/2010)

Musim menuai sudah semakin hampir..... Rata-rata petani mencongak berapakan hasil padi yang akan diperoleh nanti. Di setiap pelusok kedai kopi mereka akan bercakap tentang harga padi. Berapakah harga satu tan padi yang akan dibayar oleh BERNAS nanti? dan berapa kah pula potongan yang akan dikenakan nanti.

Bila mengenangkan  harga yang dibayar oleh BERNAS, petani seakan-akan hilang semangat untuk mengusahakan tanaman padi. sudah bertahun-tahun keringat para petani dicekik oleh BERNAS dengan harga dan pemotongan yang terlalu tinggi. namun demi sesuap nasi akan sekolah anak-anak, mereka terpaksa jua bertahan dan bersabar.... Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana diatas apa yang telah ditentukanNya.

Semalam kedengaran petani-petani mengeluh disebuah kedai kopi. kata mereka, harga beras sama diseluruh negara, tetapi harga padi di besut ini masih ditakok lama. rendah dan semakin rendah. Menteri Pertanian dengan jelas mengumumkan bahawa mutu padi di dearah Besut ini adalah yang kedua terbaik di Malaysia. Namun harga padi kekal tercorok pada tahap lama malah semakin menurun....

bersambung....

27 September 2010

Pak Tam dan Mak Ant

Majlis Yang dianjurkan oleh Bayer berjaya di adakan di Kg. Gong Ghucil, Jerteh dengan dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Fahimi ADUN Kota Putra.

KPA TPB(B) diwakili oleh Ketua Tani En. Sukriman Zakaria beserta 8 orang anak buahnya.

26 September 2010

Alhamdulillah Wan Deraman Keluar Hospital

Alhamdulillah Wan Deraman sudah Keluar Hospital.
Beliau kini beransur sihat

Gotong Royong Rumpai

Majlis Gotong Royong menebas batas sawah bermula pukul 8.00 pagi tadi...
Alhamdulillah sambutan agak baik.
Pihak KETARA menyediakan nasi bungkus dan tea O. Thanks kepada Cik Rosanai kerana bersusah payah menyelia program ini.

23 September 2010

Wan Deraman Terlantar di Hospital Kuala Terengganu

Terima kasih kepada pengunjung blog kami.
Adalah dimaklumkan bahawa Wan Deraman selaku Peneraju awal Projek Sawah Gemilang Mekanisasi Gong Tebu terlantar sakit. sekarang dirawat di Hospital Kuala Terengganu.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau cepat sembuh dan kembali meneruskan bakti di bumi Allah ini.

05 Julai 2010

Pilihanraya Ketua Tani

Hari ini telah diadakan pemilihan ketua tani, setiausaha dan bendahari yang baru. Juga pemilihan ketua unit ISU.

Carta Organisasi bermula 5hb Julai 2010.

Ketua Tani : En. Sukriman bin Zakaria.
Setiausaha : En. Abdullah bin Hj. Ghazali.
Bendahari : En. Rani bin Hj. Omar.

03 Mac 2010

Lawatan Pegawai



Hari ini kami merasa bertuah dan berbangga kerana Projek Sawah Gemilang Mekanisasi kami menjadi tumpuan para pegawai.

seterusnya akan datang......

14 Januari 2010

Laluan Operasi Penyemburan

Foto berikut adalah keadaan dalam petak sawah yang telah dilalui machine. Saya telah drive machine tersebut semasa kerja-kerja penyemburan dilakukan. Ternyata ia memuaskan hati saya sebab kadar kerosakkan padi cuma dalam 1% sahaja. Kerjanya pula cepat dan tepat.













11 Januari 2010

Hebahan Mesyuarat

Oleh sebab keputusan untuk mengadakan Demotrasi Multipurpose Machine dimaklumkan secara tergesa-gesa oleh pegawai kawasan iaitu pada hari khamis ni maka hebahan untuk mengadakan mesyuarat terpaksa dibuat melalui sms. Ini kerana bimbang tak sempat untuk mengedarkan notis mesyuarat. Juga ia satu perubahan teknologi

Hari ini kami hantar sms mengunakan kemudahan online melalui akaun email yahoo.

10 Januari 2010


PROJEK SAWAH GEMILANG MEKANISASI GONG TEBU
KG. GONG TEBU, 22000 JERTEH TERENGGANU.
Assalamualaikum wbt.
Tuan / Puan,
................................................................
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Peserta Projek Sawah Gemilang Mekanisasi akan di adakan seperti ketentuan berikut:
TEMPAT: Pusat Sumber TPB-B.
TARIKH : 13/01/2010.
MASA : 9.00 malam.
2). Mesyuarat tersebut adalah untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
1. 2.1. Makluman tentang blog padigongtebu.
2. 2.2. Pembahagian racun rumpai.
3. 2.3. Menandatangani surat perjanjian.
4. 2.4. Pembahagian Jadual Penanaman Padi.
5. 2.5. Pengagihan racun tikus.
6. 2.6. Penentuan penggunaan Baja Tambahan.
7. 2.7. Program Demotrasi Multipurpose Machine.
8. 2.8. Ketidakupayaan Melaksanakan Mengikut Jadual.
9. 2.9. Lain-lain hal.
3). Kehadiran dan sokongan tuan puan amat kami alu-alukan dan diucapkan terimakasih.
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar.
.......................................
(Rani Bin Omar)

05 Januari 2010

Hujan Masih Turun

Kebelakangan ni hujan tak berhenti. petani-petani nak meracun rumpai pun susah... sekarang diaorang mengeluh sebab selepas tabur / cedung hari tu masih belum dapat meracun rumpai lagi.
Hujan itu adalah rahmat Allah Taala.. kena banyak bersabarkan.

Dua hari lepas hujan memang tak henti. air dalam bendang pun dah penuh.. risau jugak kita orang sebab padi masih kecil lagi. nasib baik air cepat surut. fuhh lega.

hari ni nampak gayanya dah nak panas.. petani-petani boleh lh intai ruang untuk meracun rumpai dan membaja.