06 April 2011

Lawatan Kerja Ke Ladang Merdeka Mulung


Terima kasih kepada pihak KETARA kerana mempelawa kami menyertai lawatan kerja ini. Penghargaan yang tak terhingga juga kepada pihak pengurusan Ladang Merdeka Mulung yang telah sudi menerima ketadangan kami. Juga kepada Sykt Bayer yang telah menaja makan minum dan cenderahati.

Disini kami telah sama-sama bertukar pandangan tentang pengurusan ladang dan pengendalian multipurpose machine. Insya Allah kami akan terapkan pengurusan yang baik dalam mengendalikan sawah  menerusi Projek NKEA nanti.

04 April 2011

Mesyuarat Perlaksanaan NKEA

Mesyuarat perbincangan peringkat awal ini berlangsung di Bilik Gerakkan KETARA dan dipengerusikan oleh En. Zulkifli bin Harun Ketua Bahagian Pertanian Ketara. 
Perkara yang dibincangkan adalah tentang konsep yang hendak dilaksanakan dan mengenalpasti masaalah yang bakal dihadapi. Di peringkat perlaksanaan KPA TPB(B) menjadi keutamaan dalam menjayakan agenda pembangunan tani seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

10 Mac 2011

Anugerah Projek Sawah Gemilang

Projek Sawah Gemilang Gong Tebu telah memenangi kesemua katogeri anugerah yang dipertandingkan iaitu;
1). Pemenang Projek Sawah Gemilang Keseluruhan Terbaik 2010.
2). Pemenang Projek Sawah Gemilang Hasil Terbail 2010.
3). Pemenang Projek Sawah Gemilang Aktiviti Terbaik 2010.


Anugerah Pencapaian Program Pembangunan Industri Padi IADA Ketara 2010

02 Februari 2011

Lawatan KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani






Terima Kasih atas lawatan kerja Datuk KSU.

Sesungguhnya kami amat berbangga atas kunjungan tersebut dan sekaligus menandakan pengiktirafan di atas usaha kami selama ini.

06 Januari 2011

Musim Banjir

Hujan turun tak henti2. Air penuh dalam sawah. Parit air buang juga penuh. Kami risau dgn kerja-kerja mencedung yang tak dapat dilakukan mengikut jadual disebabkan oleh air yg masih memenuhi sawah padi.
Kami mendoakan agar sehari dua ni dapat diteruskan kerja mencedung.

05 Januari 2011

Multipurpose Machine

Tak sabar rasanya untuk kami guna teknologi ciptaan Jepun ini.
Esok masin ni akan sampai ke tempat kami.

Lokasi KPA TPB (B)

Mesyuarat Perlaksanaan Projek Bersama Peserta Projek M2/2010

Mesyuarat tersebut bermula pukul 3.00 petang dan ditangguhkan pada 05.09 petang.
Kehadiran :
Pegawai 8 orang.
Peserta 31/38

Agenda Mesyuarat:
1. Pelaksanaan Projek musim ini.
2. Pengunaan Multipurpose Machine kearah Pengurusan Bersepadu.
3. Taklimat pelaksanaan NKEA


02 Disember 2010

R&D semai


Kami telah melakukan ujian semai. Tujuan kami adalah bagi mendapatkan bilangan pokok padi paling sikit.
kami telah menyemai 100g/130g/150g/180g/200g/220g per tray dan kami telah test mencedung.
kesimpulannya adalah berat benih per tray adalah minimum 150gram.

26 November 2010

Cedung sepokok

Inilah hasil percubaan kami cedung sepokok dengan jarak 1 kaki x 1 kaki.
Untuk musim ini (M2/2010), kami berusaha untuk mengembangkan lagi usaha ini.

14 November 2010

Lawatan Ke Sg. Kerian

Thanks kepada Pengarah Ketara, terutama kepada En. Zulkifli Ketua Bahagian Pertanian dan kepada Pegawai-pegawai yang turut serta dalam lawatan ke Sg Kerian Perak.

Lawatan kami bermula dari 14/11/2010 dan berakhir 16/11/2010.

30 Oktober 2010

Musim Tengkujuh

Hujan sudah turun. musim tengkujuh sudah menampakkan dirinya.
Petani yang belum lagi menuai sudah mulai resah dengan padi di bendang. hati tertanya-tanya 'apakan sempat menuai atau tidak padi aku tahun ini'.