Musim menuai sudah semakin hampir..... Rata-rata petani mencongak berapakan hasil padi yang akan diperoleh nanti. Di setiap pelusok kedai kopi mereka akan bercakap tentang harga padi. Berapakah harga satu tan padi yang akan dibayar oleh BERNAS nanti? dan berapa kah pula potongan yang akan dikenakan nanti.
Bila mengenangkan harga yang dibayar oleh BERNAS, petani seakan-akan hilang semangat untuk mengusahakan tanaman padi. sudah bertahun-tahun keringat para petani dicekik oleh BERNAS dengan harga dan pemotongan yang terlalu tinggi. namun demi sesuap nasi akan sekolah anak-anak, mereka terpaksa jua bertahan dan bersabar.... Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana diatas apa yang telah ditentukanNya.
Semalam kedengaran petani-petani mengeluh disebuah kedai kopi. kata mereka, harga beras sama diseluruh negara, tetapi harga padi di besut ini masih ditakok lama. rendah dan semakin rendah. Menteri Pertanian dengan jelas mengumumkan bahawa mutu padi di dearah Besut ini adalah yang kedua terbaik di Malaysia. Namun harga padi kekal tercorok pada tahap lama malah semakin menurun....
bersambung....
03 Oktober 2010
27 September 2010
Pak Tam dan Mak Ant
Majlis Yang dianjurkan oleh Bayer berjaya di adakan di Kg. Gong Ghucil, Jerteh dengan dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Fahimi ADUN Kota Putra.
KPA TPB(B) diwakili oleh Ketua Tani En. Sukriman Zakaria beserta 8 orang anak buahnya.
KPA TPB(B) diwakili oleh Ketua Tani En. Sukriman Zakaria beserta 8 orang anak buahnya.
26 September 2010
Alhamdulillah Wan Deraman Keluar Hospital
Alhamdulillah Wan Deraman sudah Keluar Hospital.
Beliau kini beransur sihat
Beliau kini beransur sihat
Gotong Royong Rumpai
Majlis Gotong Royong menebas batas sawah bermula pukul 8.00 pagi tadi...
Alhamdulillah sambutan agak baik.
Pihak KETARA menyediakan nasi bungkus dan tea O. Thanks kepada Cik Rosanai kerana bersusah payah menyelia program ini.
Alhamdulillah sambutan agak baik.
Pihak KETARA menyediakan nasi bungkus dan tea O. Thanks kepada Cik Rosanai kerana bersusah payah menyelia program ini.
23 September 2010
Wan Deraman Terlantar di Hospital Kuala Terengganu
Terima kasih kepada pengunjung blog kami.
Adalah dimaklumkan bahawa Wan Deraman selaku Peneraju awal Projek Sawah Gemilang Mekanisasi Gong Tebu terlantar sakit. sekarang dirawat di Hospital Kuala Terengganu.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau cepat sembuh dan kembali meneruskan bakti di bumi Allah ini.

Langgan:
Catatan (Atom)